Seorang Ibu Tunggal Dakwa Dirogol Adik Iparnya

Menurut berita harian bahawa seorang ibu tunggal berusia 54 tahun itu telah mendakwa dirogol empat kali oleh adik iparnya yang berusia 48 tahun ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Sungai Gatom, Labis dekat sini sejak setahun lalu.

Kejadian terbaru ini berlaku diruang tamu rumah mangsa sabtu lalu ketika ibu tunggal empat orang anak itu sedang tidur jam 2.30 pagi dan ketika itu manga mendakwa baru pulang daripada majlis perkahwinan di Pahang bersama dua orang adiknya sebelum dia mengambil ubat darah tinggi dan tidur diruang tamu rumahnya, tetapi terjaga jam 2.30 pagi dan melihat suspek berada diatas badannya serta merogolnya.

Menurut mangsa beliau seperti dipukau dan mungkin juga kesan ubat darah tinggi yang telah diambil sehingga menyebabkannya tidak sedar apa yang sedang berlaku ketika kejadian itu.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan perlakuan adik iparnya itu, mangsa memberanikan diri untuk membuat laporan polis di Balai Polis Labis, ahad lalu sebelum dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut mangsa lagi perbuatan adik ipar mangsa dikatakan sudah berlaku sejak tahun lalu, namun mangsa takut untuk membuat laporan kerana bimbang diugut oleh adik iparnya itu.

Ketua Polis Daerah Superintendan Abd Majid Mohd Ali, ketika dihubungi untuk mengesahkan kejadian tersebut namun beeliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

“Kes siasatan ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol” katanya.

Difahamkan juga bahawa suspek yang menetap di Bukit Pasir, Muar dan bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan sepasukan polis di Jalan Ibrahim, dekat sini, sehari selepas laporan dibuat mangsa