Wanita Vietnam Ditahan Di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Seorang wanita warga Vietnam telah ditahan oleh Polis Pulau Pinang dan telah merampas dadah jenis syabu seberat 2.7 kilogram yang bernilai RM675, 000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ahad lepas.

Menurut Ketua Polis Pulai Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata wanita yang berusia 23 tahun itu ditahan pada pukul 10.10 pagi kerana berada dalam keadaan yang amat mencurigakan ketika sedang berjalan keluar dari bahagian ketibaan LTAPP.

Polis menemui sejumlah dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam satu ruang khas beg wanita terbabit ketika hasil pemeriksaan keatas beg yang dibawanya.

Beliau juga mendapati wanita berkenaan menaiki sebuah pesawat dari Utopia, Brazil dan transit di Mumbai, India sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lum pur (KLIA) dan meneruskan penerbangan ke LTAPP.

Dadah yang dibawa wanita berkenaan dipercayai untuk diserahkan kepada satu sindiket di negeri ini sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan dan polis juga tidak menolak kemungkinan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menjadikan wanita terbabit sebagai “keldai dadah” mereka.

Wanita yang ditahan itu kini direman hingga 3 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 -Kosmo