Dua Orang YB Telah Ditahan

Termasuk dua wakil rakyat, lima individu dan seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah ditahan polis semalam kerana dipercayai mencetuskan provokasi menarik orang ramai untuk menyertai perhimpunan haram di ibu negara pada sabtu depan.

Mereka yang ditahan masing-masing empat di Perak termasuk Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai, manakala pelajar IPT itu ditahan di Terengganu.

Empat lelaki itu ditahan jam 9 pagi selepas setengah jam mengedar baju T kuning tertera perkataan BERSIH kepada pengunjung Pasar Gunung Rapat.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, keempat-empat lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 27(5) Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 511 akta sama dengan percubaan untuk mengadakan perhimpunan haram serta cuba melakukan kesalahan jenayah.

Manakala di Terengganu pula, Ketua Polis negeri , Datuk Jamshah Mustapa berkata, pelajar IPT berusia 22 tahun itu ditahan selepas memantau laman sosial Facebook yang membuat pelbagai kempen dan mempromosi perhimpunan haram. –Berita Harian