Unipeq Nafi Sahkan Barbican Halal

Unipeq merupakan sebuah anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan bahawa ia telah mengesahkan status halal terhadap produk minuman malta berperisa buah-buahan Barbican seperti yang didakwa pengeluar produk itu pada khamis lepas.

Menurut kata Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr. Siti Noorbaiyah Abdul Malek bahawa syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.

Menurut katanya lagi sesuatu produk itu hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berwibawa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk status halal dan Kementerian Kesihatan untuk piawai makanan. -Kosmo