Datuk Dr A Samad Said Tidak Sepatutnya Menyokong Perhimpunan Haram

Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr A Samad Said, dikatakan tidak sepatutnya menggunakan anugerah yang diterima untuk memecah-belahkan rayat dengan menyokong perhimpunan haram BERSIH pada 9 Julai ini.

Menurut SN Ke 11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah, tindakan A Samad itu tidak wajar dengan memandan pihak yang menganjurkan perhimpunan haram terbabit adalah di kalangan pemimpin yang sering menimbulkan huru-hara di negara ini.

“Beliau sepatutnya menggunakan anugerah yang dimiliki itu untuk menyatukan rakyat di negara ini memandangkan masyarakat kini berpecah belah dan perpecahan ini akan memberi peluang kepada golongan yang mengambil kesempatan jika berterusan serta kuasa luar campur tangan” katanya semalam.

Sebelum ini A Samad telah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung ucapan mereka di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu. –Berita Harian