Empat Lelaki Berjaya Ditangkap, 98 Buah Kereta Dirampas

Empat lelaki telah berjaya ditangkap di sebuah gudang di Jalan Klang-Banting apabila polis berjaya menumpaskan sindiket curi kereta mewah terbesar dan merampas 98 kereta yang bernilai RM8 Juta semalam.

Pengumuman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin pada sidang akhbar sebentar tadi.

Beliau juga berkata bahawa sindiket itu dipercayai bergerak aktif sejak dua tahun lalu dan mereka telah diserbu di sebuah gudang di Kampung Black Water. –Berita Harian