30% Murid Sekolah Rendah Tidak Bersarapan

Menurut kajian lebih 30 peratus murid-murid di sekolah rendah di negara ini didapati tidak bersarapan sebelum ke sekolah selain gemar makan pada waktu lewat malam.

Ia akan menyebabkan mereka sukar untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran semasa berada di dalam kelas selain menjadi punca masalah obesiti.

Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon berkata, ia merupakan hasil kajian yang dijalankan pihaknya terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun pada tahun lalu.

Menurutnya lagi, sarapan pagi amat penting untuk sel otak kanak-kanak berfungsi dengan baik dan dapat mengelakkan tubuh mereka menjadi lesu pada waktu pagi.

“Bagaimanapun, segelintir ibu bapa mengabaikan keperluan untuk memberi sarapan kepada anak-anak mereka.” Katanya pada siding media mengenai kerjasama kajian pemakanan kanak-kanak dan Dutch Lady Malaysia semalam. -Kosmo