Bantu Golongan Pelakon Yang Kurang Bernasib Baik

Hari Himpunan Bintang Kosmo! Ini diharap dapat merangka mekanisme terbaik dalam memperjuangkan isu bayaran royalty kepada pelakon tempatan.

Menurut Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez, berbanding penyanyi yang menerima royalty hasil daripada jualan album, golongan pelakon yang agak kurang bernasib baik kerana tidak mendapat faedah serupa.

Dia juga berharap bahawa symposium itu nanti akan turut memperjuangkan hak bagi pelakon dan mungkin bukan berpandukan akta tetapi melalui perjanjian yang ditandatangani menerusi syarikat filem mahupun stesen televisyen.

“Sebagai contoh, pelakon boleh membuat perjanjian bahawa filem atau drama lakonan mereka hanya ditayangkan beberapa kali dan tayangan selepas itu harus menerima bayaran.” Katanya semalam.

Hari himpunan ini dijangka menampilkan lebih 200 karyawan bagi membincangkan isu-isu berkaitan harta intelek dan ia dijayakan secara bersama oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan akhbar Kosmo!, Majalah URTV menjadi majalah hiburan rasmi manakala Sinar FM sebagai stesen radio rasmi yang akan berlangsunng di Hotel Double Tree by Hilton pada 5 Julai ini. – Kosmo