Pertempuran Berdarah Di Kaherah Diantara Penunjuk Perasaan Dan Polis Anti Rusuhan

Pertempuran berdarah berlaku di Kaherah apabila penunjuk perasaan dan polis anti rusuhan Medan Tahrir berikutan kehampaan memuncak berhubung kelewatan pemerintah tentera memperkenalkan pembaharuan yang dijanjikan.

“Ramai penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Kementerian Dalam Negeri di tengah-tengah Kaherah dengan membakar tayar dan membaling batu kearah polis,” kata pegawai keselamatan.

Menurut kata saksi, lebih kurang 80 orang cedera dalam pertempuran itu antara perhimpunan paling ganas yang dilihat sejak bantahan rakyat yang menggulingkan presiden kuku besi, Hosni Mubarak, Februari lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan pula sehingga 590 orang cedera dalam pertempuran itu dan 75 pula dimasukkan ke hospital.

Kumpulan 6 April yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan berkenaan telah mendesak agar rakyat Mesir menuju ke Medan Tahrir pada 8 Julai bagi mempercepatkan perbaharuan kearah demokrasi. -Berita Harian