Aiswarya Rai Telah Hamil

Berita tergempar di Mumbai apabila pelakon dan juga bekas ratu dunia Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dilaporkan sedang hamil apabila diumumkan oleh bapa mertuanya yang juga actor terkenal Amitabh Bachchan.

Menurut sumber bapa mertua pelakon itu kelihatan sangat gembira dengan berita itu dengan mengumumkan “ Berita!!! Saya bakal menjadi seorang datuk, Aiswarya Rai telah hamil, amat gembira dan teruja!!!” tulis bintang veteran dalam akaun Twitter beliau pada hari selasa.

Aishwarya Rai, 37 telah berkahwin dengan anak pelakon bintang mega Bollywood itu Abhishek, 35 pada april 2007. Ia merupakan anak pertama buat pasangan itu dan berita berkenaan telah mmuncul selepas beberapa minggu di India dalam ruangan gossip yang telah mula membuat spekulasi memperkatakan mengenai berat badan actress terbabit dilihat naik mendadak.

Dalam laman Twitter amitbh, beliau berkata bahawa beliau dibanjiri maklum balas mengenai berita itu daripada pengikutnya dan menerima 2, 843 ucapan tahniah di Twitter hanya dalam masa kira-kira setengah jam.

Kehamilan itu disahkan pada awal pagi yang tertulis dalam blog beliau, bigb.bigadda.com awal semalam sambil menambah ; “Ia adalah kegembiraan dan keseronokan pada kepada kami,” katanya.

Pelakon itu tidak menyatakan bahawa bila bayi tersebut bakal dilakinkan dan sementara itu jurucakap Ashwarya dilaporkan mengesahkan berita itu kepada IANS dengan mengatakan “Ya, ia adalah benar,” kata jurucakap terbabit.

Menurut sumber lagi, keluarga Bachchan, Amitabh, isterinya yang juga seorang pelakom, Jaya bersama Aisywarya dan Abhishek merupakan keluarga pertama Bollywood yang mempunyai ramai peminat yang gilakan mereka di India dan juga seluruh dunia. – Berita Harian