Tiga Kapten Nyaris Maut Dari Terhempas

Mereka yang mengalami cedera ringan iaitu tiga kapten sebuah syarikat penerbangan swasta telah menarik nafas lega selepas helikopter yang dinaiki terhempas dari ketinggian 60 meter di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah semalam.

Kejadian jam 8.17 pagi itu berlaku ketika Kapten Syahfrilhaidi Abdul Rahman, 38, kapten Nor Azhari Mat Yunos, 35, dan Kapten Mohd Zamri Mohamed, 44, yang sedang melakukan latihan penerbangan menggunakan helikopter jenis AgustaWestland AW139 milik Weststar Aviation Services Sdn. Bhd.

Syahfrilhaidi merupakan seorang juruterbang, Nor Azhari pembantu juruterbang dan Mohd Zamri sebagai kapten pelatih yang kini sedang dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya. -Kosmo