House of Bookshelves

Rumah rekaan Kazuya Morita ini diilhamkan dari rak buku untuk pemiliknya yang memiliki banyak koleksi buku tentang sejarah Islam. Masalah kekurangan ruang di negara Jepun merupakan antara sebab rumah ini direka sebegini rupa bagi memuatkan kesemua koleksi buku yang ada. Selain daripada itu rekaan dinding berbentuk lattice ini juga tahan gegaran gempa bumi.