AirAsia labur lebih AS$1 juta bagi sistem pengurusan

Syarikat tambang murah, AirAsia telah melabur lebih AS$1 juta di dalam sistem pengurusan yang mempunyai kelebihan, merlot.aero, bagi meningkatkan keefisienan operasinya.

Ketua Pegawai Operasi Bo Lingam berkata, sistem itu akan mengoptimumkan pesawat AirAsia dan penggunaan krunya. yang membolehkan syarikat penerbangan itu meningkatkan lagi prestasi mengikut masa dan meminimumkan kos.

“Dengan pemasangan sistem baharu itu, AirAsia dijangka dapat meningkatkan prestasi mengikut masa penerbangan kami dan memaksimumkan penggunaan pesawat kami bagi memberi khidmat kepada lebih banyak laluan dan meningkatkan kekerapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Source & More >>>