Dikhabarkan lebih 200 artis tempatan bakal menjayakan Hari Himpunan Bintang yang akan berlangsung di Hotel Double Tree by Hilton, Jalan Tun Razak pada 5 Julai depan.
Majlis yang bertemakan Pertahanan Hak, Perkukuhkan Seni akan bermula pada pukul 3 petang dan akan dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ia telah dijayakan secara bersama oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan akhbar Kosmo!
Timbalan Ketua Pengarah MyIPO, Mohd Shahar Osman berkata Majlis yang pertama kali diadakan atas permintaan Ismail Sabri sendiri dan mahu mendengar sendiri masalah artis berkaitan isu-isu hak cipta dan harta intelek.
Menurutnya lagi, tujuan utama MyIPO bekerjasama dengan Kosmo! Adalah untuk mempertingkatkan kesedaran para penggiat seni tanah air tentang kepentingan perlindungan harta intelek terutama dari segi undang-undang hak cipta.
Selain itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dalam kalangan penggiat seni berkaitan hak-hak mereka serta ingin memupuk budaya menghormati hak intelek dalam kalangan rakyat Malaysia. -Kosmo