Usher Mahu Melamar Pippa Middleton

Selepas menjadi pengapit ketika perkahwinan kakaknya Kate Middleton dengan Prince William, kini saham Pippa Middleton melonjak naik apabila sering menjadi perbualan orang ramai dan menjadi tajuk-tajuk utama di semua media, bintang terkenal Usher tidak ketinggan menunjukkan rasa minatnya terhadap adik Kate Middleton itu.

Menurut laporan, penyanyi tersebut mahu menggunakan Pippa Meddleton sebagai model pakaian dalaman produknya terkini.

Usher yang dikatakan mahu mengadakan perjumpaan dengan Pippa dalam waktu terdekat untuk melamar wanita itu sebagai duta pakaian dalamnya yang bakal dijual diseluruh dunia.

Menurut kata Usher, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan adik kepada Kate Middleton itu dalam masa terdekat kerana penyanyi itu yakin bahawa Pippa sungguh sesuai untuk menjadi modelnya yang kini sedang dikenali secara global dan akan menjadi amat sempurna jika dia bekerja didalam kempen promosi itu.

“saya tahu perkhidmatannya agak mahal, tapi dia cukup popular untuk melariskan rekaan terkini pakaian dalam tersebut.”ujar Usher. -Berita Kosmo