Tiga Datuk Didenda

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim, masing-masing telah didenda RM3,000 dan RM1,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan wanita.

Selain itu, rakan mereka, bekas ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik juga telah dikenakan denda sebanyak RM1,000 selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Shazryl dan Shuib dengan melakukan perkara sama -Kosmo