Actor yang cukup popular dengan wataknya dalam James Bond, Daniel Craig telah melangsungkan perkahwinannya dengan aktres Rachel Weisz di New York pada rabu lalu.
Menurut jurucakap Craig semalam mengesahkan kedua-dua selebriti itu sudah melangsungkan perkahwinan.
Walaupun mereka berkawan sejak tahun lepas tetapi mereka mula rapat pada November lepas dan sebelum mereka bersama Weisz ketika itu sedang menjalin hubungan bersama pengarah filem Black Swan, Darren Aronovsky selama Sembilan tahun, manakala Craig pula pada ketika itu bertunang dengan teman wanitanya, Satsuki Mitchell selama lima tahun.
Pasangan itu dilihat bersama ketika mereka di London pada Mac lalu dan ketika itu Craig sedang membawa kekasihnya itu membeli-belah di kedai Louis Vuitton di Mayfair.
Kedua-dua selebriti itu berusaha untuk menyembunyikan hubungan mereka daripada dapat dihidu oleh orang ramai. – Kosmo